Monday, July 23, 2012

Cara Dapatkan Kembali Fail Yang Hilang

Apabila anda delete satu-satu fail, kemudian anda kosongkan Recycle Bin, adakah fail tersebut sudah hilang buat selama-lamanya? Tidak sama sekali. Malah, kalau anda format hard disk sekalipun, masih ada lagi jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail tersebut.

Sebenarnya, apabila anda delete fail tersebut, Windows hanya akan menyembunyikannya dari pandangan anda. Fail itu masih ada dalam hard disk, selagi fail baru belum masuk. Setelah anda memasukkan fail baru ke dalamnya, peluang untuk mendapatkan kembali fail yang lama tadi semakin susah.

Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, anda memerlukan recovery software. PC Inspector File Recovery merupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:

1. Fail yang anda telah delete.
2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
3. Partition yang hilang secara tiba-tiba



No comments:

Post a Comment