Anda boleh menjimatkan kos membaik pulih komputer anda apabila anda membersihkan / mencuci komputer anda sendiri. Ini kerana komputer yang bersih dari habuk dan debu akan mengurangkan risiko kerosakan komputer. Kerana debu dan kotoran mempunyai sedikit kondukter static yang akan melintas arus elektrik pada komponen komputer anda.
Kadang-kadang terdapat bahan-bahan yang lagi merbahaya seperti klip kertas yang tanpa kita sedari ada dalam PC kesayangan kita. Sekarang anda nampak x petapa pentingnya membersihkan PC. paling malas pun sebulan sekali la.Debu yang tebal juga akan menyebabkan suhu komputer anda meningkat. Suhu yang panas juga akan merosakkan komputer.
Untuk membersihkan CPU, ikut langkah2 ini:
1. Jangan letak komputer anda diatas lantai. letakkan di atas meja yang bersih dan kering. pastikan juga luas dan senang untuk meletakkan skru.
2. Off computer, Unplug kan semua cable2.
3. Sediakan alas untuk isi kotoran, jika anda tidak mahu mengotorkan meja.
4. Pastikan keadaan sekeliling tidak basah atau bertiup angin yang kuat.
5. Anda boleh gunakan pembersih vakum yang kecil.
6. Gunakan penyembur angin jika ada.
7. Jangan sesekali membersihkan komponen menggunakan kain yang lembab.
No comments:
Post a Comment